Latar Belakang Adat
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum dan hidup dalam aman dan damai.Setiap kaum mempunyai adat dan kepercayaan yang berlainan.Misalnya,tradisi orang Islam di Malaysia ketika menyambut sesuatu perayaan ialah menziarahi.Berasaskan hal ini,perkahwinan juga turut dipengaruhi oleh tradisi dan budaya yang berbeza setiap kaum. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan.Bagi masyarakat Melayu,adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan.Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.Dalam adat perkahwinan Melayu,terdapat 3 fasa iaitu 'Sebelum', 'Semasa', dan 'Selepas'.Perkahwinan adalah peristiwa amat penting, bukan sahaja pada pasangan pengantin, tetapi keluarga mereka juga.Perkahwinan merupakan satu proses hidup yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki mahupun perempuan tanpa mengira darjat ataupun umur.Untuk membina sebuah mahligai yang harmoni selain daripada memenuhi keperluan naluri manusia sebagai suami isteri.Antara adat-adat yang masih diamalkan sehingga kini adalah merisik,meminang,bertunang,menghantar belanja dan upacara akad nikah.Dari segi persiapan pengantin pula, terdapat beberapa adat seperti berandam,berasah gigi dan berinai.Kemuncak bagi adat perkahwinan ini ialah pasangan pengantin ini akan bersanding di atas pengantin.
Pada umumnya,perkahwinan dari kaca mata measyarakat Melayu di Malaysia adalah sekali seumur hidup, lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Walau bagaimanapun, terdapat juga dikalangan Masyarakat Melayu di Malaysia yang berkahwin berberapa kali, namun begitu, penduduk di Malaysia tidak menganggapnya sebagai satu lumrah.Oleh itu, perkahwinan perlu dirancang supaya segala proses adat dan hokum-hukum Islam dapat dijalankan sebaiknya.Adat Pertama yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu di Malaysia di dalam adat perkahwinan ialah adat memilih jodoh.
Sebelum Perkahwinan
Adat Memilih Jodoh
Adat memilih jodoh dilakukan oleh masyarakat Melayu apabila terdapat di dalam sesebuah keluarga itu anak teruna yang sudah dewasa, berkemampuan untuk menyara diri dan orang lain serta telah menyatakan hasratnya untuk berumah tangga kepada kedua ibu bapanya.
Inisiatif pertama yang perlu diambil oleh ibu bapa si teruna setelah mendengar pengakuan anak mereka untuk berumah tangga ialah memastikan sama ada anak mereka ada mempunyai pilihan hati atau tidak.Ini kerana dalam keadaan masyarakat Melayu di Malaysia yang boleh dikatakan moden dari zaman sebelumnya, pertemuan diantara teruna dan dara boleh terjadi tanpa banyak rintangan, sama ada di tempat kerja, tempat belajar, di majlis-majlis tertentu atau di tempat-tempat lain.Jika si teruna itu belum mempunyai pilihan hati, segala urusan mencari jodoh akan diserahkan kepada kedua ibu bapanya untuk menentukan siapakah bakal isterinya.Pilihan pertama yang akan dibuat oleh ibu bapa si teruna ialah memilih gadis yang terdiri daripada keluarga yang terdekat, sekiranya tidak sesuai, barulah dicari keluarga yang jauh ataupun orang asing.Ini kerana jika dipilih pasangan isteri daripada keluarga sendiri masalah berlakunya penceraian dapat diatasi atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan disamping harta pusaka tidak jath ketangan orang lain.
Merisik
Pada masa dahulu,jodoh seseorang itu ditentukan atas pilihan keluarga.Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah sampai masa untuk berkahwin, maka mereka akan mula merisik untuk memilih calon.Adat ini juga dipanggil meninjau atau menjenggok.Kebiasaanya mereka akan meminta bantuan sanak-saudara .Tujuan adapt ini dilakukan untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh lelaki itu masih belum berpunya.Ia juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang gadis berkaitan kemahiran rumahtangga,adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.
Bagi pihak perempuan pula,beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlu mempunyai latar belakang agama serta pekerjaan yang baik.
Kadang-kala semasa merisik,wakil lelaki akan memberi sebentuk cincin Tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.Walaubagaimanapun,adapt merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
Adat merisik tetap dilaksanakan walaupun pihak si teruna sudah mengetahui si gadis yang menjadi pilihan hatinya dan diketahui bahawa pinangannya akan diterima.Ini dilakukan sebagai tanda pintu kira bicara. Wakil merisik yang mendapat kepercayaan si teruna akan merisik mengenai gadis yang menjadi pilihan hati si teruna.Semasa melaksanakan amanah yang diberikan, wakil merisik tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk merisik gadis tersebut.Biasanya wakil itu akan merisik dari teman-teman gadis berkenaan, wakil sekampung ataupun jirannya.Apabila wakil merisik berpuas hati tentang gadis itu, langkah seterusnya diserahkan kepada pihak lelaki terutama si teruna untuk melihat si gadis tersebut.
Ibu bapa teruna yang berpuas hati tentang maklumat yang disampaikan oleh wakil merisik akan mengambil tindakan memilih beberapa orang terdiri daripada ahli keluarga mereka (sama ada kakak atau nenek si teruna) bersama si teruna melihat sendiri gadis tersebut.Kadang-kadang si teruna memberitahu pihak si gadis bahawa mereka akan dating bersilaturahim tanpa menyatakan hajat mereka yang sebenar.Sesetengah orang lebih suka dating secara senyap-senyap tanpa memberitahu keluarga si gadis dengan tujuaan untuk melihat sendiri budi perketi sebenar gadis tersebut.
Ada beberapa kepercayaan lama yang telah ditinggalkan oleh masyarakat Melayu tentang adat melihat tubuh calon isteri, iaitu memilih hari tertentu yang dikira baik untuk memulakan kerja-kerja perkahwinan.Antara hari yang dianggap baik ialah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.Ini kerana menurut kepercayaan lama, jika tersalah pilih hari untuk memulakan pekerjaan tersebut, ditakuti maklumat sebenar mengenai gadis tersebut tidak diperolehi, begitu juga dengan urusan pinang-meminangan akan menempuh banyak rintangan dan halangan.
Menurut petua orang tua-tua yang telah ditinggalkan, jika semasa wakil yang dating menengok tiba di rumah gadis dan didapati si gadis sedang mandi, ini merupakan petanda baik.Perempuan itu adalah sesuai dengan lelaki yang hendak dijodohkan serta dianggap 'serasi' atau 'sejuk'.Air adalah melambangkan kedamaian, ini beerti, pasangan ini kalau dijodohkan akan aman dan kekal.Jika perempuan tadi sedang memasak, keadaan sebaliknya akan terjadi.Begitu juga petua semasa perjalanan ke rumah si gadis, andainya terdapat kayu yang menghadangi jalan, ular berbisa atau biawak yang melintasi jalan, maka ini semua dianggap sebagai petanda bahawa perkahwinan yang dirancangkan akan berakhir dengan kesengsaraan.Dalam keadaan ini, hasrat untuk menengok lebih baik dibatalkan sahaja.
Adat merasai nama si gadis dan si teruna untuk menentukan mereka sesuai atau tidak jika dijodohkan telah ditinggalkan setelah sekian lama diamalkan oleh masyarakat Melayu.Merasai adalah salah satu cabang menilik nasib.Masyarakat Melayu telah melupakannya.Ini bukanlah disebabkan oleh kesedaran dikalangan mereka bahawa perbuatan ini ditegah oleh agama Islam ataupun tentangan atau bangkangan dari para alim ulamak, sebaliknya hal tersebut tejadi kerana orang Melayu sendiri tidak memerlukannya.Ini kerana masyarakat sekarang yang boleh dikatakan moden dan berfikiran terbuka tidak mempercayai bahawa raksi-namalah yang menentukan sama ada pasangan ini akan hidup bahagia atau tidak, malahan adat merasai ini dianggap menyusahkan kerana seseorang itu terpaksa menunggu dahulu sehingga mereka dapat mencari seseorang yang pakar tentang hal merasi untuk menentukan mereka sesuai untuk dijodohkan atau tidak.Kadang-kadang apa yang dikatakan oleh pakar merasi itu bertentangan dengan apa yang diramalkan, malahan ramai juga yang pasangan yang dianggap serasi bercerai juga akhirnya.Merasi nama yang sering digunakan oleh masyarakat ialah menghitung nilai nama pasangan yang hendak di jodohkannya. Hitungan itu berdasarkan ejaan huruf Arab yang setiap huruf itu mempunyai nilainya yang tersendiri.
| Huruf Arab | Nilai |
| | 1 |
| | 2 |
| | 3 |
| | 4 |
| | 5 |
| | 6 |
| | 7 |
| | 8 |
| | 9 |
| | 10 |
| | 20 |
| | 30 |
| | 40 |
| | 50 |
| Huruf Arab | Nilai |
| | 60 |
| | 70 |
| | 80 |
| | 90 |
| | 100 |
| | 200 |
| | 300 |
| | 400 |
| | 500 |
| | 600 |
| | 700 |
| | 800 |
| | 900 |
| | 1000 |
*mengikut huruf alif > ya...
Kita ambil satu contoh misalnya antara "Hassan"( ) dengan "Teh"( ), beri nilai bagi setiap huruf.Jumlah huruf bagi nama Hassan ialah 118, dan jumlah huruf bagi The ialah 415.Jumlah dari tiap nama ini dicampurkan (118 + 415) menjadi 533.Seterusnya angka itu ditolak dengan angka 9 dan bakinya ditolak lagi dengan 9.Begitulah seterusnya hingga tinggal satu angka sahaja dari (1 – 9).Baki angka terakhir ialah yang dijadikan penentu untuk mendapat kepastian tentang serasi atau tidaknya pasangan tadi.Rumusan ramalan angka-angka tersebut adalah seperti berikut:-
Jodoh tidak sesuai.
Sesuai
Permulaan jodoh tidak menggalakkan akhirnya akan menjadi lebih buruk tetapi kadang-kala ada juga persesuaian.
Pertemuan jodoh pasangan baik, jalinan kasih sayang semakin lama semakin erat.
<SPAN style="FONT-SIZE: 18pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Symbol; mso-fareast-font-family: Symbol; mso-b